Kancah Amerika (Perang Dunia II)

Kancah Amerika
Sebahagian daripada Perang Dunia II

Seorang Pengawal Pantai Amerika Syarikat sedang bertugas di Alaska semasa Perang Dunia II
Tarikh1939–1945
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Pihak Bersekutu


  • Objektif kuasa Paksi gagal atau tidak mempengaruhi kesudahan konflik ini.
Pihak yang terlibat
Pihak Bersekutu:
 Amerika Syarikat
 Kanada
 United Kingdom
Brazil Brazil
 Mexico
Cuba Cuba
 Chile
 Peru
 Panama
 Colombia
 Nicaragua
Costa Rica Costa Rica
 El Salvador
 Honduras
 Guatemala
Argentina Argentina (dari 1945)
Kuasa Paksi:
 Jerman Nazi
 Jepun
Itali
Kerugian dan korban
20,000 terkorban, 45,000 cedera, 100 ditawan[perlu rujukan]

Kancah Amerika[1] adalah kancah operasi semasa Perang Dunia II termasuk seluruh wilayah Benua Amerika, dan meluas 200 batu (320 km) ke lautan.

Oleh kerana pemisahan geografi Amerika Utara dan Selatan daripada pusat kancah konflik (di Eropah, Mediterranean dan Timur Tengah, dan Pasifik) ancaman pencerobohan negara A.S. atau kawasan lain di benua Amerika oleh Kuasa Paksi telah diabaikan dan kancah tersebut menyaksikan konflik yang agak kecil.

Namun, walaupun tidak pentingnya Kancah Amerika, beberapa pertempuran berlaku didalamnya, seperti Pertempuran Sungai Plate, serangan kapal selam di luar Pantai Timur, Kempen Kepulauan Aleutian, Pertempuran St. Lawrence, dan serangan terhadap Newfoundland. Kerja-kerja pengintipan termasuklah Operasi Bolívar.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search